TETAMU JEMPUTAN
- Ibubapa/Tetamu (2 orang tetamu bagi seorang graduan) dibenarkan untuk berada di dalam Dewan Canselor semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung. Pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN semasa berada di dalam Dewan Canselor.
- Tetamu lain dibenarkan untuk berada di dalam kawasan kampus semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung. Pihak UNISEL akan menyediakan khemah bagi tetamu yang hadir.
- Ibubapa/Tetamu adalah diigatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh UNISEL sepanjang Istiadat Konvokesyen ini berlangsung. Kerjasama semua adalah diharapkan.
- Sila cetak Kad Jemputan Ibubapa dan bawa bersama semasa sesi pengambilan pakaian akademik/jubah konvokesyen untuk tujuan pengesahan.
- Kad Jemputan Ibubapa yang telah disahkan perlu ditunjukkan kepada petugas sebelum memasuki Dewan Canselor semasa Istiadat Konvokesyen.