BANTUAN RAWATAN KECEMASAN

Kakitangan Perubatan Universiti akan bertugas sepanjang Istiadat Konvokesyen sekiranya diperlukan untuk graduan, ibubapa/tetamu. Bilik Rawatan Bantuan Kecemasan terletak berhampiran dengan Dewan Canselor. Sila hubungi petugas jika anda memerlukan perkhidmatan tersebut. Graduan, ibubapa/tetamu yang mempunyai penyakit gastrik dinasihatkan untuk mengambil makanan telebih dahulu sebelum masuk ke dalam Dewan Canselor.