PENDAFTARAN GRADUAN

MASATEMPAT
• 7.00 am – 7.30 am (Sidang 1 & 2)

• 1.30 pm – 2.00 pm (Sidang 3)
Sayap Kanan, Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya
  • Hanya graduan yang berstatus NEGATIF Covid 19 sahaja dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi Istiadat Konvokesyen.
  • Graduan diingatkan supaya sentiasa mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh petugas.
  • UNISEL mempunyai hak untuk TIDAK MEMBENARKAN graduan dari menyertai Istiadat Konvokesyen sekiranya graduan tidak membuat pendaftaran dan tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas.
  • Kad Alumni akan diberikan kepada setiap graduan semasa pendaftaran. ( SILA SIMPAN DAN BAWA BERSAMA KE DALAM DEWAN CANSELOR).
  • Graduan yang lewat dan tidak mengikut etika berpakaian TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke dalam Dewan Canselor semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
  • Graduan yang berkeperluan khas (hamil, kurang upaya dan cedera atau dalam rawatan)yang memerlukan kerusi roda atau pengiring perlu memaklumkan kepada Sekretariat Istiadat Konvokesyen sekurang-kurangnya seminggu sebelum Istiadat Konvokesyen berlangsung.( 03-55223481 / 03-55223461) atau Emel : konvo@unisel.edu.my.
  • Graduan perlulah memahami dan mematuhi setiap prosedur dan garis panduan yang telah diberikan bagi membolehkan graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen.