ETIKA KONVOKESYEN

Istiadat Konvokesyen ini adalah majlis rasmi, graduan dan ibubapa/tetamu perlu mematuhi perkara berikut :

  • Berada di tempat duduk anda semasa di dalam Dewan Canselor sekurang-kurangnya 30 minit sebelum istiadat bermula.

 

  • Sentiasa berada di tempat duduk semasa istiadat konvokesyen. Sila gunakan tandas sebelum atau selepas istiadat berlangsung atau semasa waktu rehat.

 

  • Graduan dan ibu bapa/tetamu diminta untuk menghormati Istiadat ini. Penggunaan telefon bimbit adalah DILARANG semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung. Sila matikan telefon bimbit atau dalam tetapan mod senyap pada setiap masa.

 

  • Jurugambar profesional akan mengambil gambar graduan di atas pentas semasa istiadat konvokesyen. Ibu bapa/tetamu boleh mengambil gambar dengan kamera atau kamera video dari tempat duduk masing-masing sahaja. Tiada sebarang pergerakan dibenarkan.

 

  • Sila patuhi arahan yang diberikan oleh petugas dari masa ke semasa.