TETAMU JEMPUTAN, IBUBAPA  MASUK KE DALAM DEWAN CANSELOR

SIDANG 1 DAN SIDANG 2SIDANG 3
8.00 am – 8.30 am2.00 PM – 2.30 pm
  • Hanya tetamu dan ibubapa yang berstatus NEGATIF COVID 19 sahaja dibenarkan untuk masuk ke dalam Dewan Canselor.
  • Sila BAWA DAN SERAHKAN Kad Jemputan Istiadat Konvokesyen kepada Petugas di pintu masuk Dewan Canselor.
  • Hanya DUA (2) orang tetamu sahaja dibenarkan untuk masuk ke dalam Dewan Canselor untuk SATU (1) Kad Jemputan. Ahli keluarga dan tetamu yang lain boleh menunggu di khemah tetamu yang disediakan.
  • Kanak-Kanak di bawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke dalam Dewan Canselor.
  • Tetamu dan ibubapa yang berkeperluan khas (hamil, kurang upaya dan cedera atau dalam rawatan) yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan Petugas Istiadat Konvokesyen di Dewan Canselor.
  • Tetamu dan ibubapa TIDAK DIBENARKAN memasuki / meninggalkan Dewan Canselor semasa Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung.
  • TIDAK DIBENARKAN untuk membawa masuk jambangan bunga, makanan dan minuman ke dalam Dewan Canselor. Tetamu dan ibubapa dinasihatkan untuk makan dan minum sebelum masuk ke dalam Dewan Canselor.
  • Tetamu jemputan dan ibubapa diingatkan supaya sentiasa mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh petugas.
  • Berikut adalah Etika Berpakaian yang perlu dipatuhi oleh tetamu jemputan dan ibubapa untuk masuk ke dalam Dewan Canselor semasa Istiadat Konvokesyen :

 

Pakaian Tetamu Lelaki:-

  1. Kebangsaan, atau
  2. Batik, atau
  3. Lounge Suit, atau
  4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).
  5. Kasut bertutup (Selipar, Kasut Sukan dan Sandal TIDAK DIBENARKAN)

 

Pakaian Tetamu Wanita:-

  1. Kebangsaan atau
  2. Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan,dan kemeja-T, TIDAK DIBENARKAN).
  3. TIDAK DIBENARKAN sama sekali memakai seluar atau fesyen baju berseluar.