Istiadat Konvokesyen ini adalah majlis rasmi, graduan dan ibubapa/tetamu perlu mematuhi perkara berikut :
Berada di tempat duduk anda semasa di dalam Dewan Canselor sekurang-kurangnya 30 minit sebelum istiadat bermula.
Sentiasa berada di tempat duduk semasa istiadat konvokesyen. Sila gunakan tandas sebelum atau selepas istiadat berlangsung atau semasa waktu rehat.
Graduan dan ibu bapa/tetamu diminta untuk menghormati Istiadat ini. Penggunaan telefon bimbit adalah DILARANGsemasa Istiadat Konvokesyen berlangsung. Sila matikan telefon bimbit atau dalam tetapan mod senyap pada setiap masa.
Jurugambar profesional akan mengambil gambar graduan di atas pentas semasa istiadat konvokesyen. Ibu bapa/tetamu boleh mengambil gambar dengan kamera atau kamera video dari tempat duduk masing-masing sahaja. Tiada sebarang pergerakan dibenarkan.
Sila patuhi arahan yang diberikan oleh petugas dari masa ke semasa.