Sayap Kanan, Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya
Graduan diingatkan supaya sentiasa mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh petugas.
UNISEL mempunyai hak untuk TIDAK MEMBENARKAN graduan dari menyertai Istiadat Konvokesyen sekiranya graduan tidak membuat pendaftaran dan tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas.
Kad Alumni akan diberikan kepada setiap graduan semasa pendaftaran. (SILA SIMPAN DAN BAWA BERSAMA KE DALAM DEWAN CANSELOR).
Graduan yang lewat dan tidak mengikut etika berpakaian TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke dalam Dewan Canselor semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
Graduan yang berkeperluan khas (hamil, kurang upaya dan cedera atau dalam rawatan)yang memerlukan kerusi roda atau pengiring perlu memaklumkan kepada Sekretariat Istiadat Konvokesyen sekurang-kurangnya seminggu sebelum Istiadat Konvokesyen berlangsung.( 03-5522 3597 / 3595 ) atau Emel : konvo@unisel.edu.my.
Graduan perlulah memahami dan mematuhi setiap prosedur dan garis panduan yang telah diberikan bagi membolehkan graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen.